KURSUS SENI LUKIS DAN SENI REKA
PENGAMBILAN PELAJAR BULAN JANUARI TAHUN 2013.
Memilih program pengajian di kolej ini memanglah suatu keputusan yang besar. Adalah dinasihatkan agar calon-calon membaca prospektus kolej dan mendapatkan maklumat melalui laman web kami sebelum membuat keputusan. Permohonan ke program ijazah,diploma dan sijil boleh dibuat melalui website kami www.kolejsciart.yahoo.com atau melaui talian kami.
Pengenalan

Objektif Kursus
- Melahirkan pelatih yang
berfikiran kreatif dalam seni lukis, senireka dan multimedia.
- Memberikan peluang kepada mereka membuka perniagaan sendiri, bekerja di syarikat grafik, galeri atau pun melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Tempoh Kursus
Program sijil.
- Tempoh kursus ialah 1tahun 9bulan , Pelatih akan mengikuti pembelajaran selama 3 semester atau 1 tahun 6 bulan.
- Latihan industri selama 3 bulan.
Program diploma
- Tempoh pengajian 2 tahun iaitu tahap 4 dan tahap 5.
- Latihan industri selama 3 bulan.
Program Ijazah
- Tempoh pengajian 2tahun iaitu tahap 6.
- Latihan industri selama 6 bulan.
Peluang Kerjaya
Berpeluang bekerja dalam bidang-bidang berikut:
- Senireka Grafik ,Animasi, Multimedia, Senihalus, Pengiklanan, Percetakan,
- Penyiaran, Pembantu Kurator galeri dan muzium, Guru Senilukis
- Senireka hiasan dalaman dan luaran, Pelukis Batik dan Sebagai usahawan.
Pengenalan
Kursus Rekaan Fesyen mula
diwujudkan sejak tahun 1991. Namun begitu, sukatan pembelajaran sentiasa
diperkemaskan untuk memberi panduan yang terbaik bagi mencapai objektif
pengajaran pembelajaran secara berkesan. la merangkumi satu bidang ilmu yang
memerlukan pengetahuan, kemahiran dan daya usaha yang gigih seiring dengan
perubahan teknologi alaf baru masa kini.



Objektif Kursus
- Memberi latihan intensif dalam bidang pembuatan pakaian wanita.
- Melahirkan pelatih yang berkeyakinan dan berkebolehan dalam industri pembuatan pakaian.
- Menyediakan keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor-sektor awam dan swasta.
- Membimbing pelatih untuk berdikari dengan menceburi bidang perniagaan yang berkaitan.
- Meningkatkan taraf hidup dan menjadikan ia sebagai satu sumber pendapatan yang tinggi.
Tempoh Pengajian
- Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun iaitu tahap 2 sahaja
- Teori Pembuatan Pakaian
- Pembuatan Pola Pakaian
- Seni Sulaman
Program diploma
- Tempoh pengajian 2 tahun tahap 3 dan tahap 4.
- Membuat gaun malam.
- membuat kemeja lelaki
Program ijazah
- Tempoh pengajian 2 tahun tahap 5 sahaja.
- Latihan industri selama 6 bulan.
- Mereka corak menggunakan komputer.
- Membuka perniagaan sendiri dalam bidang pembuatan pakaia
- Bekerja di butik-butik pakaian
SENIBINA LANDSKAP
Pengenalan
Senibina landskap adalah bidang yang menggabungkan seni dan
sains dalam mewujudkan persekitaran luar yang seimbang diantara keperluan
manusia dan alam semulajadi. Ia melibatkan manipulasi elemen dan sumber
landskap secara bijaksana bagi menghasilkan landskap yang berfungsi, menarik
dan selesa digunakan.
Senibina Landskap memainkan peranan utama dalam
pembangunan akademik bidang Senibina Landskap, Selain daripada menjalankan fungsi akademik, kolej ini juga berperanan
penting dalam penyelidikan berkaitan senibina landskap bagi menyumbang ke arah
pembangunan landskap negara.
Objektif
- Melahirkan Arkitek Landskap yang profesional di peringkat Sijil ,Diploma, Ijazah yang sensitif kepada keperluan-keperluan pembangunan serta berkeupayaan menyesuaikan keperluan ini dengan batasan-batasan alam semulajadi.
- Membentuk graduan yang berpengetahuan serta berkemahiran di dalam selok-belok perancangan, reka bentuk, pelaksanaan, pengurusan serta penilaian landskap serta diiktiraf di peringkat antara bangsa
Program yang di tawarkan :-
- Sijil Senibina Landskap
- Diploma Senibina Landskap
- Ijazah senibina Landskap
PEMBANGUNAN MODAL IHSAN SENI & BUDAYA
Objektif
- Mewujudkan pembangunan modal insan berterusan khususnya dalam bidang seni, budaya dan warisan.
- Memberi latihan akademik dan pembelajaran yang berteraskan seni, budaya dan warisan.
- Sebagai landasan ke arah menjadikan KOLEJ SCI ART badan pengiktiraf pengamal profesional seni, budaya dan warisan.
Program yang di tawarkan.
1. Program sijil
1.1 Kursus Pengurusan Teknikal Teater
1.1.1 Kursus Lakonan
- Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan lakonan yang menggunakan kaedah Stanilavski.Pelajar dilatih untuk memantapkan kegunaan vokal, tubuh dan mengenali perasaan dan deria
rasa. Latihan ini diberi untuk membantu pelajar bagaimana cara menghafal dialog dan membawa perwatakan.
1.1.2 Kursus Pengurusan Pentas
- Mendedahkan para pelajar kepada aspek-aspek pengurusan pentas, meliputi tanggungjawab
di belakang, di atas dan hadapan pentas. Pengurusan ini turut melibatkan bagaimana mengendalikan sebuah panggung teater.
2. Program Diploma
2.1Kursus Tarian Tradisional Malaysia
- Kursus ini melatih dan mengasuh bakat dan minat berdasarkan sistem pendidikan beberapa
tokoh yang terpilih. Pengenalan bentuk dipentingkan serta kefahaman gerak tradisi, asal usul tarian serta konteks persembahan. Modul ini merangkumi tarian Klasik Melayu, Tari Rakyat ,Tarian Joget, Inang dan Zapin, Tarian Sabah danSarawak serta Tai Chi dan Silat. Turut ditawarkanialah Tarian Cina dan India.
2.2 Kursus Fakulti Penulisan
2.2.1 Kursus Penulisan Novel Remaja
- Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan kepada pelajar teori, kaedah, teknik dan pendekatan penulisan novel untuk khalayak remaja (13 hingga 21 tahun). Pelajar juga akan dijelaskan perbezaan di antara novel remaja dengan “novel popular” yang kini banyak sekali diterbitkan di pasaran. Novel remaja yang akan menjadi tumpuan kursus ini lebih kepada karya cereka yang mengangkat persoalan yang
lebih serius, berbanding dengan novel popular yang banyak mengenengahkan kisah-kisah
cinta.
3. Program Ijazah
3.1 Kursus Basic Flash Training (Animasi)
- Kursus ini didedahkan fungsi asas pembangunan menggunakan perisian Flash
3.2 Kursus Digital Fotografi
- Seorang jurufoto ialah seorang yang dapat menggabungkan kemahiran pelukis, kemahiran analisa seorang
saintis dan kemahiran pemerhatian penyajak.
3.3 Kursus Figure Drawing
badan manusia. Pelajar akan didedahkan teknik dan kaedah yang digunakan untuk mencapai
keseimbangan.
SYARAT KELAYAKAN BAGI PROGRAM BIDANG SENI.
Syarat Kemasukan Program Diploma
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kredit bagi Bahasa Melayu, Matematik dan tiga (3) subjek lain. Calon mestilah sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu.
- mempunyai sijil skm tahap 2 dan 3.
- Memiliki Sijil Politeknik atau Setaraf dalam bidang yang berkaitan dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.0 .
Syarat Kemasukan Program ijazah.
- Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 3 subjek.
- Mempunyai Diploma dalam bidang berkaitan dengan mendapat CGPA 3.0 atau lulus matrikulasi.
Syarat Kemasukan Program Sijil.
- Lulus SPM dengan mendapat sukurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Berminat dalam bidang tersebut.
![]()
MAKLUMAT KURSUS RANGKAIAN KOMPUTER
Bagi jurusan ini, pelajar-pelajar akan dilatih bagi menguasai Kemahiran Rangkaian Komputer, bermula dengan asas mengenali peralatan, memasang dan membaik pulih Komputer Peribadi sehingga kepada mengawal server, termasuk menghubungkan dan mengenalpasti kerosakan pada Rangkaian Komputer. Pelajar akan didedahkan kepada sistem dan peralatan bagi sistem rangkain Fiber Optik serta sistem rangkaian tanpa wayar ( Wireless ).
Pelajar juga akan turut didedahkan kepada pengendalian Sistem Server yang dikawal oleh Sistem Pengoperasian Windows dan Linux. Sepanjang mengikuti kursus ini pelajar akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Penilaian terhadap kemahiran yang diperolehi oleh pelajar adalah dilaksanakan secara berterusan.
Persijilan , Diploma dan Ijazah.
Persijilan, Diploma, dan Ijazah. adalah dibawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Belia yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap yang diikuti.
IT-030-2- Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer- Tahap 2 (Sijil )
IT-030-3- Juruteknik Rangkaian Komputer - Tahap 3 ( Diploma )
IT-030-4 -Pegawai Juruteknik Komputer- Tahap 4( Ijazah )
Tahap 2 — 12 ( bulan ) Tahap 3 — 2 tahun) 3 bulan ( Latihan Industri ) Tahap 4 - 2 (tahun) 3 bulan ( Latihan Industri ) Kelayakan Akademik
Tamat Tingkatan Lima ( 5 ) bagi sijil
Lulus SPM/SPMV ( Keutamaan diberikan kepada mereka yang lulus dalam Bahasa Malaysia,
Sains & Matematik ) bagi diploma
CGPA 3.0 Ke atas bagi program Ijazah.
Syarat-syarat Umum 1. Warganegara Malaysia. 2. Belum berkhawin / Bujang. 3. Berumur antara 18 - 30 tahun semasa permohonan. 4. Tiada rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah. 5. Bersetuju untuk menamatkan latihan dan mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Institut dan Kementerian. Prospek Kerjaya - Industri Teknologi Maklumat
- Industri Telekomunikasi
- Industri Perkilangan
- Sektor Awam
|
KURSUS KOMPUTER MULTMEDIA
![]()
MAKLUMAT KURSUS MULTIMEDIA PENGARANGAN
Bagi jurusan ini, pelajar-pelajar akan dilatih bagi menguasai kemahiran menggunakan pelbagai perisian dan peralatan bagi kawalan dan mengedit pelbagai media: teks, grafik, bunyi, klip video dan animasi bagi pembangunan multimedia.
Pelajar juga akan dilatih menggunakan peralatan digital seperti Kamera Video, Camcoder, Kamera Digital, DSLR dan sebagainya. Di samping itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pelbagai teknik pencahayaan dan kawalan lampu bagi menghasilkan grafik serta klip vidoe yang menarik dan berkualiti.
Sepanjang mengikuti kursus ini pelajar akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Penilaian terhadap kemahiran yang diperolehi oleh pelajar adalah dilaksanakan secara berterusan.
Persijilan , Diploma , dan Ijazah.
Persijilan , Diploma dan Ijazah adalah dibawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Belia yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil , Diploma dan Ijazah Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap yang diikuti.
IT-070-2- Artis Multimedia Pengarangan - Tahap 2 ( Sijil )
IT-070-3- Perakabentuk Multimedia Pengarangan - Tahap 3 ( Diploma )
IT-070-4- Mencipta video klip yang berkualiti- Tahap 4 ( Ijazah )
Tempoh PembelajaranTahap 2 — 12 bulan Tahap 3 — 2 tahun (3 bulan Latihan Industri ) Tahap 4 - 2 tahun ( 3 bulan Latihan Industri ) Kelayakan Masuk 1. Tamat Tingkatan Lima (5) ( Program Sijil )
2. Lulus SPM/SPMV ( Keutamaan diberikan pada mereka yang lulus dalam Bahasa Malaysia, Sains & Matematik ) bagi program Diploma.
3. Mendapat CGPA 3.0 ke atas ( Ijazah )
Syarat-syarat Umum 1. Warganegara Malaysia. 2. Belum berkhawin / Bujang. 3. Berumur antara 18 - 30 tahun. 4. Tiada rekod kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah. 6. Bersetuju untuk menamatkan latihan & mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej tersebut.. Prospek Kerjaya - Industri Teknologi Maklumat
- Industri Telekomunikasi
- Industri Perfileman dan Animasi
- Sektor Awam
|
KURSUS JURUTEKNIK AUDIO VISUAL
![]()
KURSUS ELEKTRONIK AUDIO VISUAL
Elektronik Audio Visual merupakan satu cabang kemahiran dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik yang melibatkan peralatan-peralatan audio dan visual seperti Kamera Video, CCTV, Sistem Siaraya, television, DVD, Radio Hi-Fi dan lain-lain peralatan yang berkaitan .
Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran memasang, mengendali dan mengatur peralatan -peralatan audio dan visual disamping itu, pelajar juga akan dilatih untuk mengesan dan membaikpulih kerosakan pada peralatan tersebut.
Selain itu pelatih akan menjalani latihan sambil bekerja di industri yang sesuai bagi menambah pengetahuan dan kemahiran yang sebenar.
Sepanjang mengikuti kursus ini pelatih juga akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Latihan ini secara tidak langsung merupakan pendedahan secara simulasi kepada pelatih sebelum berkecimpung dalam kerjaya sebenar.
Objektif
Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang audio viisual bagi memastikan lepasan kursus ini mendapat pekerjaan di sektor industri elektronik sama ada sektor swasta, kerajaan mahu pun bekerja sendiri. Tempoh Pembelajaran Tahap 1 — 1 Tahun ( Sijil ) Tahap 2 — 2 tahun ( 3 bulan latihan industri ) program diploma Tahap 3 — 2 Tahun ( 3 bulan latihan industri ) program ijazah. Kelayakan Masuk SKM Tahap 1 — Memiliki SPM/SPMV SKM Tahap 2 — Memiliki SKM Tahap 1 dalam bidang berkaitan. SKM Tahap 3 — Memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan. Syarat-syarat Umum 1. Warganegara Malaysia. 2. Belum berkhawin. 3. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. 4. Berumur antara 18 - 30 tahun. 5. Tiada rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah. 6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang sama dari mana-mana institutsi kecuali tahap yang berlainan (lebih rendah dari tahap yang dipohon). Prospek Kerjaya 1. Kontraktor
2. Industri Perbankan
3. Industri Telekomunikasi
4. Industri Penyiaran
5. Industri Perkilangan / Pembuatan
6. Pembekal Peralatan
7. Institusi Latihan
8. Sektor Awam
|
JURUTEKNIK ELEKTRONIK INDUSTRI |
KETERANGAN KURSUS ELEKTRONIK INDUSTRI
Kursus ini akan melatih pelajar bagi menguasai kemahiran dan merancang kawalan logic (logic Control) gabungan dan PLC, mengesan dan membaiki kerosakan barangan elektronik pengguna dengan menggunakan analog dan digital multimeter, oscilloscope, alat probe logic serta memeriksa dan mengawal pemacu motor elektronik serta motor mesin elektrik.
Pelajar juga akan didedahkan dengan sistem inovasi terkini mereke bentuk litar kawalan motor elektrik, asas pendawaian elektrik, hidrolik, pneumatik dan mesin-mesin elektrik lain.
Objektif
Menyediakan latihan kemahiran dalam bidang Elektronik Industri dan Elektronik Audio Visual kepada belia lepasan SPM secara sepenuh masa.
Tempoh PembelajaranTahap 1 — 1 Tahun ( Sijil ) Tahap 2 — 2 tahun ( 3 bulan latihan industri ) program diploma Tahap 3 — 2 Tahun ( 3 bulan latihan industri ) program ijazah Kelayakan MasukSKM Tahap 1 — Memiliki SPM/SPMV. SKM Tahap 2 — Memiliki SKM Tahap 1 dalam bidang berkaitan. SKM Tahap 3 — Memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan. Syarat-syarat Umum2. Belum berkhawin. 3. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. 4. Berumur antara 18 - 30 tahun. 5. Tiada rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah. 6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang sama dari mana-mana institutsi kecuali tahap yang berlainan (lebih rendah dari tahap yang dipohon). Prospek Kerjaya
2. Firma Industri ( pembuatan/ penyelenggaraan)
3. loji Industri
4. Stesen Komunikasi
5. Industri Perkilangan
6. Penyelidik dalam bidang elektronik
7. Industri Latihan
8. Sektor Awam
|
Maklumat memohon :-
- Permohonan di buka pada 2 September 2012 hingga 30 September 2012.
- Permohonan boleh dibuat melalui online sahaja.
No comments:
Post a Comment