PERUTUSAN PENGARAH |
Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia……
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana laman web KOLEJ SCI ART ini berjaya dibangunkan hasil usaha bersama semua kakitangan KOLEJ ini. Pertama sekali saya mengucapkan selamat datang kepada pengunjung-pengunjung baru dan juga mengalu-alukan graduan-graduan KOLEJ SCI ART untuk melayari laman web KOLEJ ini. Laman web ini merupakan platform kepada para pengunjung bagi mendapatkan informasi-informasi terkini berkaitan dengan KOLEJ ini dan diharapkan agar dijadikan perhubungan komunikasi dua hala antara KOLEJ SCI ART dengan masyarakat.
Untuk makluman tuan/puan, sejak tertubuhnya KOLEJ SCI ART ini pada tahun 1998, misi, visi dan objektifnya tidak berubah dan sehingga kini diteruskan iaitu perkara utamanya adalah untuk melahirkan pekerja mahir atau separa mahir bagi menyokong industri-industri tempatan. Bermula dengan dua jurusan yang utama iaitu Jurusan Elektronik Industri dan Jurusan Audio Visual dan kini ditambah dengan satu jurusan baru di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (Perluasan Skop) iaitu Pembuat Pakaian Wanita. Insyaallah jurusan ini akan dikembangkan lagi dengan Jurusan Multimedia dan Jurusan Rangkaian (Networking) di bawah Sekolah Teknologi Maklumat yang dijangka bermula pada tahun 2011.
Selaras dengan teras kedua Bidang Keberhasilan Utama, Kementerian Belia dan Sukan iaitu, pemerkasaan Pembangunan Insan dan Gerakan Belia, KOLEJ ini juga akan memastikan segala hala tuju dan perancangan program yang akan dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Disamping itu, bagi merealisasikan visi dan misi KOLEJ ini, kerjasama semua adalah perlu. Warga KOLEJ perlu sentiasa peka dan komited serta meningkatkan sistem penyampaian agar Gagasan 1 Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dilaksanakan dengan jayanya. KOLEJ SCI ART juga mempunyai harapan dan hasrat supaya dapat mengoptimumkan segala kemudahan yang sediada dalam usaha meningkatkan outcome keseluruhannya. Adalah diharapkan melalui laman web ini, segala perkembangan terbaru akan dikongsi bersama secara berterusan dan diharapkan menjadi sumber rujukan utama mengenai KOLEJ SCI ART ini.
|
OBJEKTIF
- Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan berpendapatan rendah.
- Membimbing pelatih supaya berdikari dan bersedia menceburi dalam bidang seni dan ICT.
- Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam sektor awam dan swasta.
VISI
- Melahirkan pekerja mahir dan separuh mahir bagi menyokong industri -indusrti tempatan.
- Membangunkan infrastruktur dan meningkatkan penggunaan teknologi informasi dan komunikasi terkini
- Menyediakan sistem rangkaian ke seluruh kampus.
- Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran berterusan kepada teknologi informasi dan komunikasi terkini.
- Melakukan penyelidikan dan pembangunan aplikasi sistem terkini secara berterusan.
- Menggalakkan penggunaan teknologi informasi dan komunikasi dengan menyediakan kursus dan latihan yang berterusan.
No comments:
Post a Comment