Wednesday, 9 November 2011

Menu Utama





ANUGERAH KECEMERLANGAN UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN MANUSIA

DAERAH PERAK TENGAH 2011
Thursday, 10 November 2011 08:39
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN
MANUSIA PEJABAT PELAJARAN DAERAH PERAK TENGAH KALI KE-6 TAHUN 2011
 
10 Nov 2011 - KOLEJ  SCI ART  Seri Iskandar telah dipilih oleh panel Hari Anugerah Unit Pengurusan Pembangunan Manusia sebagai PENERIMA ANUGERAH di majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Unit Pengurusan Pembangunan Manusia Pejabat Pelajaran Peringkat Daerah Perak Tengah Kali Ke-6 Tahun 2011 yang diadakan pada 09 November 2011 di Dewan Seri Iskandar, Uitm Perak. 


AWATAN PENANDAARASAN PERTAMA 5S

 
Tuesday, 25 October 2011 08:59
LAWATAN PENANDAARASAN PERTAMA 5S DI KOLEJ SCI ART .

20 OKTOBER 2011(Khamis) – Kami di KOLEJ SCI ART  Seri Iskandar telah menerima lawatan penandaarasan 5S . Lawatan tersebut merupakan lawatan penandaarasan 5S yang pertama selepas KOLEJ SCI ART Seri Iskandar menerima pensijilan Persekitaran Berkualiti dari pihak MPC pada 11 Oktober 2011 yang lalu. Pelawat terdiri daripada fasilitator, ketua zon dan ahli jawatan kuasa 5S KOLEJ SCI ART . Lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat berkaitan 5S dan diteruskan dengan lawatan-lawatan ke sektor-sektor 5S di KOLEJ SCI ART.
Last Updated on Thursday, 10 November 2011 09:56
 
PENSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S
   
Wednesday, 12 October 2011 10:42
KOLEJ SCI ART MERUPAKAN KOLEJ PERTAMA YANG MENDAPAT
PENSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S DARI MPC

12 Oktober 2011 - Pegawai Audit, Encik Ismail Bin Mohd dari pihak MPC telah hadir ke KOLEJ SCI ART  bagi tujuan audit untuk penilaian Persijilan Amalan 5S. Sebelum melakukan pemeriksaan audit, sesi taklimat telah diadakan di bilik mesyuarat , di mana Tuan Pengarah, En. Muzkhairil Bin Muhamad bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator dan semua fasilitator, pengerusi jawatankuasa kecil dan ketua sektor turut terlibat dalam taklimat tersebut sambil meneliti setiap dokumentasi yang dibentang. Aktiviti pelaksanaan audit adalah merangkumi pemeriksaan dokumentasi dan lawatan ke setiap sektor yang ditetapkan. Perjalanan pengauditan telah dilaksanakan di setiap sektor, di mana Sektor 1 ( Anggerik ), Sektor 2 ( Flora ), Sektor 3 ( Teknologi ), Sektor 4 ( Avieonik ) dan Sektor 5 ( Colourful ). Taklimat penutup diadakan pada pukul 3.00 petang di mana keputusan pengauditan diumumkan pada slot terakhir taklimat tersebut. Syabas  dan tahniah diucapkan kepada warga KOLEJ SCI ART  kerana hasil penat lelah selama ini telah membuahkan hasil dan mengukir sejarah KOLEJ tersebut. 11 Oktober 2011 merupakan detik bersejarah bagi KOLEJ SCI ART  kerana telah diiktiraf sebagai KOLEJ  pertama yang mendapat Persijilan Persekitaran Berkualiti 5S dari pihak MPC dan seterusnya layak untuk bertanding dalam konvensyen yang akan datang.
Last Updated on Friday, 28 October 2011 13:07



No comments:

Post a Comment